Assalamu’alaikum wbt
Ikhwah dan akhawat peserta KONTARN yang dirahmati Allah.
Kami pihak Urusetia KONTARN di Pusat dan juga di Johor ingin memberikan yang terbaik dalam pengendalian KONTARN 2008. Oleh itu pihak kami sangat-sangat memerlukan kerjasama antum semua.
Diharapkan dengan kerjasama yang diberikan oleh peserta sebelum program ini berlangsung dapat membantu melicinkan perjalanan program terutama saat paling sibuk iaitu sewaktu pendaftaran nanti.
Kelicinan pendaftaran membolehkan kita memulakan program tepat pada masa yang telah ditetapkan. Oleh itu mohon kepada semua peserta terutama mereka yg diamanahkan menguruskan peserta di peringkat negeri mahupun daerah dapat mengambil maklum perkara-perkara berikut di bawah :
1. Pengurus TPSM Negeri SILA SEMAK senarai perwakilian negeri antum AGAR TIADA YANG TERCICIR.
2. MOHON SANGAT kepada perwakilan yang hadir ini UNTUK MEMBAYAR SEBELUM HARI PROGRAM. Ini akan memudahkan urusan pendaftaran awal. Ia juga mengelakkan pihak urusetia berurusan dgn cash yg banyak pd hari pgrm.
Sehingga kini beberapa daerah sahaja yang telah membayar awal. Mohon maklumkan pembayaran dgn bukti ke ibu pejabat agar pihak pusat boleh mengeluarkan resit. .
3. Pembayaran yuran yg telah dilakukan akan dikemaskini dalam minggu ini. No resit akan dimasukkan seblm hari pendaftaran kepada yg telah memberikan bukti pembayaran
4. Sila rancang perjalanan dengan baik agar dapat sampai awal dan mendaftar awal. Semoga kita dapat memulakan program tepat pada waktunya.
Sekian untuk makluman.
Yang menjalankan tugas,
Siti Hamisah Manan
Pegawai Eksekutif JIM - TPSM
1. PENGINAPAN
i. Penginapan peserta disediakan di Hotel GoodHope (tempat konvensyen diadakan).
ii. Bayaran pendaftaran (RM100 seorang) adalah termasuk penginapan pada hari Sabtu (31 Mei). Peserta yang tidak menginap di hotel yang disediakan masih tetap dikenakan bayaran RM100 seorang.
iii. Peserta hanya dibenarkan check-in selepas 12.30 tengahari Sabtu (31 Mei) walaupun program akan bermula pada pagi Sabtu.
iv. Peserta yang memerlukan penginapan di hotel pada malam sebelumnya (Jumaat) atau selepasnya (Ahad), perlu membuat tempahan dan pembayaran berasingan.
v. Peserta akan ditempatkan secara twin-sharing (1 bilik untuk 2 orang peserta).
vi. Suami dan isteri yang kedua-duanya peserta boleh menginap bersama pasangan masing-masing. SILA MAKLUMKAN KEPADA URUSETIA SEBELUM 26 MEI 2008 untuk penyusunan bilik. Permintaan selepas 26 Mei tidak dapat dipenuhi.
vii. Pasangan yang membawa anak-anak dibenarkan tidur di bilik ibubapa mereka, walau bagaimanapun mereka tidak dibenarkan makan bersama peserta di hotel.
viii. Pihak urusetia akan menguruskan penginapan untuk 300 orang sahaja peserta yang mendaftar awal.
ix. Sekiranya peserta memilih untuk menginap di hotel yang lain, maklumat boleh diperolehi dari laman web Kontarn http://kontarn.jim.org.my/08 atau menghubungi AJK Penginapan untuk mendapatkan bantuan. Urusetia juga tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
’Pasangan suami & isteri yang ingin menginap dalam bilik yang sama dimohon maklumkan kepada urusetia sebelum 26 Mei’
2. URUSAN CHECK-IN DAN CHECK-OUT PENGINAPAN DI GOODHOPE
i. Nombor bilik akan ditentukan oleh urusetia. Pastikan anda dapat nombor bilik semasa pendaftaran.
ii. Kunci bilik akan di beri kepada wakil bilik yang telah ditentukan. Kunci akan di serahkan selepas jam 1.00 ptg pada 31 Mei 08 (check–in) oleh urusetia kepada peserta Wanita
iii. Kunci bilik akan di beri kepada wakil bilik yang telah ditentukan. Kunci akan di serahkan selepas jam 1.45 ptg pada 31 Mei 08 (check–in) oleh urusetia kepada peserta Lelaki
iv. Kunci bilik perlu di serahkan semula kepada pihak hotel sebelum jam 1.15 ptg pada 1 Jun 08 (check-out) kepada pihak hotel oleh peserta Wanita
v. Kunci bilik perlu di serahkan semula kepada pihak hotel sebelum jam 2.00 ptg pada 1 Jun 08 (check-out) kepada pihak hotel oleh peserta Lelaki
vi. Senarai hotel –hotel lain yang berhampiran boleh rujuk di web kontarn (http://kontarn.jim.org.my/
|
AJK
|
e-mail
|
Telefon
|
|
Rafidah Mahat
|
rafidahmahat_jb@yahoo.com.my
|
0137097052
|
|
Nailah Tang
|
enti_17@yahoo.com
|
0197229265
|
3. PENGANGKUTAN
i. Peserta yang datang dengan pengangkutan awam (bas atau keretapi atau kapal terbang) dan perlukan khidmat kenderaan (shuttle) sila maklumkan masa bertolak dan masa dijangka sampai kepada urusetia SEBELUM 28hb Mei.
ii. Peserta yang datang menaiki bas ekspess dinasihatkan agar turun di perhentian bas (bus stop) Skudai (di persimpangan UTM-Pontian dan di seberangnya terdapat stesyen minyak SHELL) dan BUKANNYA di Stesyen Bas Larkin di Johor Bahru. Sila maklumkan kepada pemandu lebih awal dan ingatkan sekali kepadanya sebaik sahaja bas melepasi plaza tol Skudai.
iii. Sekiranya peserta memerlukan perkhidmatan shuttle, sila maklumkan kepada AJK Bertugas sekiranya bas telah sampai ke R & R PLUS Machap (lebih kurang setengah jam sebelum tiba)
iv. Kemudahan pembelian tiket untuk balik (return ticket) juga di sediakan.
v. Kemudahan kenderaan dan tempat tinggal untuk peserta yang balik lewat juga di sediakan. Sila maklumkan kepada urusetia SEBELUM 28 Mei (Rabu).
4. PENDAFTARAN
i. Semua pendaftaran dan bayaran hendaklah dibuat melalui JK TPSM Pusat SEBELUM 24 Mei 2008
ii. Kaunter pendaftaran akan di buka jam 7.00 – 8.15 pagi pada 31 Mei 2008.
iii. Tempat simpan beg di sediakan di Dewan Sapphire sebelum waktu check –in
iv. Daftarkan diri di kaunter negeri masing-masing dan pastikan anda mendapat Tag Nama + Nombor bilik + Fail + Resit bayaran + Stiker kereta (keselamatan).
v. Tag Nama perlu sentiasa di pakai oleh peserta untuk keselamatan keluar masuk dewan dan urusan makanan.
5. MAKANAN
i. Pihak hotel tidak menyediakan makanan bagi peserta ’walk in’ dan ahli keluarga yang tidak mendaftar.
ii. Semua peserta akan makan mengikut masa yang telah ditetapkan.
iii. Hanya peserta yang pakai Tag Nama berhak mendapat makanan.
iv. Sarapan pagi pada 31 Mei 2008 disediakan bermula jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi selepas peserta mendaftarkan diri dan dapat tag nama.
v. Sekiranya peserta memerlukan makanan tambahan untuk ahli keluarga, terdapat banyak gerai dan restoren yang berdekatan.
6. GERAI JUALAN
i. Pihak urusetia menyediakan 7 gerai sahaja.
ii. 1 gerai berharga RM 100.00
iii. Perniagaan bermula jam 9.00 pagi pada 31 mei 08
7. PROGRAM SOKONGAN - NURSERY
i. Peserta yang ingin mendapatkan perkhidmatan nurseri diminta membuat pendaftaran sebelum 24 Mei 2008.
ii. Pendaftaran boleh dibuat dengan memberikan butir-butir berikut:
a. Nama anak
b. Umur anak
c. Jantina anak
d. Nama ibu dan bapa
e. No tel ibu dan bapa
f. Nama JIM Negeri/Daerah ibu dan bapa
iii. Pendaftaran anak-anak pada hari program akan dibuat di Hotel GoodHope
iv. Penempatan anak-anak sepanjang program :
a. Anak-anak yang menyusu @ berumur 2 tahun ke bawah di GoodHope Hotel
b. Anak-anak berumur 2 - 6 tahun di Nurseri IMAN, Taman Sri Skudai
( lebih kurang 2 km dari Good Hope )**
c. Anak-anak berumur 7 - 12 tahun di Pusat Latihan IMAN ELC, Taman Sri Putri (lebih kurang 2 km dari GoodHope Hotel)**
( ** Urusan pengangkutan anak-anak akan dibuat oleh pihak penganjur )
v. Yuran sepanjang program
a. 6 tahun ke bawah - RM25 seorang
b. 7 hingga 12 tahun - RM20 seorang
vi. Waktu perkhidmatan
a. Hari pertama : 8.00 pagi hingga 11 malam
b. Hari kedua : 8.00 pagi hingga 2 petang
vii. Barangan keperluan
a. Lampin pakai buang
b. Susu
c. Pakaian yang mencukupi
d. Alatan mandi
e. Makanan sampingan
f. Pakaian solat
g. Ubat-ubatan peribadi
*bergantung kepada keperluan anak-anak*
viii. Pendaftaran nurseri dan pertanyaan :
7. KESELAMATAN
i. Tag Nama hendaklah sentiasa di pakai untuk tujuan keselamatan.
ii. Stiker kereta perlu di letakkan di kereta untuk tujuan keselamatan.
8. PANDU ARAH
i. Sila Klik di sini
ii. Jika anda mengalami masalah untuk mencari tempat sila hubungi Ajk yang berkenaan untuk dapatkan bantuan:
9. KEPERLUAN BENGKEL
Setiap Negeri dan Daerah perlu membawa 1 komputer riba.
10. INFO KONTARN
Sila layari http://kontarn.jim.org.my/08
PERINGATAN KEPADA PESERTA:
A) Tempat tinggal:
sepertimana yang dimaklumkan setiap peserta akan menginap didalam bilik twin sharing di Hotel Good Hope. Jika mereka telah mendaftar tetapi tidak menginap di hotel tersebut, yuran pendaftaran yang sama tetap dikenakan. Peserta hanya boleh masuk ke bilik hotel (check in) selepas jam 12.30 tengahari walaupun program akan bermula disebelah pagi.
B) Suami isteri yang menjadi peserta akan ditempatkan didalam satu bilik. Anak anak yang bersama mereka boleh tinggal dibilik tersebut tetapi MAKANAN YANG DISEDIAKAN HANYA UNTUK PESERTA SAHAJA. sila sediakan sendiri untuk anak-anak anda.
C) Hotel berdekatan: Senarai hotel budget berdekatan telah diumumkan sebelum ini. Perlu difahami status hotel2 ini munkin kurang dari 2 bintang. Kadar yang diberi adalah sekitar RM35 hingga RM100. Sila buat urusan sendiri jika ingin menginap di hotel tersebut. Satu pilihan yang lain ialah Rumah Tamu UTM.
D) Mereka yang datang awal: Bagi mereka yang sampai awal dan memerlukan tempat sementara (contoh: sampai jam 1 pagi) boleh menghubungi AJK Transportation (PM Dr Mat Husin Yunan 012-771 7590). Tempat bertanggak sementara ialah di Pejabat Iman ELC dan Pejabat JIM Johor yang terletak tidak jauh dari Hotel Good Hope.
E) Untuk keselamatan dan kemudahan urusan, setiap peserta diminta sentiasa memakai tanda nama yang akan diberi nanti sepanjang program berjalan.
Aturcara
Tarikh : 31 Mei 2008 (Sabtu)
8.30am : Pendaftaran
9.00am : Pembukaan
- Aluan Pengacara Majlis (JIM Johor)
- Bacaan Al Quran (JIM Johor)
- Ucapan aluan Pengarah Program (JIM Johor)
- Ucapan Pengerusi TPSM JIM Pusat
9.15am - Ucaputama dan Perasmian oleh Presiden JIM
” TPSM Ke Arah Memperkukuh Sokongan Masyarakat ”
- Nyanyian lagu JIM
10.00am : Solat Dhuha dan minum pagi
10.30am : Bicara Ketua Wanita JIM:
“Cabaran Nuqaba Menggamit Sokongan Masyarakat”
11.00am : Bicara Tokoh 1: Membina Nuqaba Berkualiti ke Arah Menjana Sokongan Masyarakat
Penceramah: Ust Dr Danial Zainal Abidin
1.00pm : Makan tengahari dan solat
2.30pm : Bengkel:
Model Pengoperasian RJIM2 Ke Arah Memperkukuh Sokongan Masyarakat
Fasilitator Utama : Ahmad Raji Yaakub
4.30pm : Rehat dan solat asar
4.45pm : Pembentangan Bengkel: Model Pengoperasian RJIM2 Ke Arah Memperkukuh Sokongan Masyarakat
5.45pm : Persediaan diri , Makan malam dan Solat maghrib
7.30pm : Tadabbur (JIM Johor)
Solat Isyak
9.00pm : Bicara Tokoh 2 : Strategi dan Pendekatan Praktikal Ke Memperkukuh Sokongan Masyarakat
Penceramah: Pak Wahid
10.30pm : Rehat ( interaksi dan muayashah)
12.00pm : Tidur
Tarikh : 1 Jun 2008 (Ahad)
4.00am : Qiyam Tahajud dan Munajat (JIM Johor)
6.00am : Solat Subuh dan Tazkirah 2 (JIM Johor)
7.30am : Sarapan pagi
8.30am Forum Perkongsian Pemimpin: Menjayakan RJIM2 dalam Konteks Malaysia Masa Kini : Ilal Amam (Moving Forward)
Ahli Panel : Timbalan Presiden JIM & Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat
Moderator: YDP JIM Johor
10.30am : Rehat
11.00am : Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi TPSM Wanita Pusat
Pembentangan TPSM Pusat dan Resolusi KONTARN 2008 oleh Pengerusi TPSM JIM Pusat
12.00pm : penilaian dan penutupan
12.30pm : Makan Tengahari & Bersurai