|
|
|
 |
 |
| |
|
Pengenalan
Konvensyen Tarbiah Nasional (KONTARN) adalah satu platform yang disediakan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia untuk mempertemukan aktivis T-PSM JIM dari seluruh negara. Ia menjadi medan perkongsian dan persepakatan dalam menjayakan program Tarbiah dan Pembangunan Sumber Manusia JIM secara lebih professional dan berkesan.
Nuqaba adalah salah satu faktor kejayaan utama tarbiah khususnya bagi menggerakkan tarbiah dan pembangunan ahli melalui sistem usrah. Di atas asas ini KONTARN 2007 akan memfokuskan kepada aspek pembangunan kualiti nuqaba.
Objektif
- Menggerakkan tarbiah secara lebih aktif selaras dengan pelan strategik JIM
- Meningkatkan keupayaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi menjana, membina dan membentuk nuqaba yang berwibawa di negeri dan daerah
- Memperkemaskan strategi dan sistem pembangunan nuqaba negeri dan daerah
Tema
"MENJANA NUQABA BERWIBAWA KE ARAH MENEGAKKAN SYARIAH"
Yuran
Klik
Tarikh
2hb hingga 3hb Jun 2007
Hari
Sabtu dan Ahad
Tempat
INTEKMA Resort, Shah Alam
Laman Web INTEKMA
Peta:

|
|
 |
|
|
|
|
|